Monday, November 9, 2009

Rebel Without A Cause

Tajuk yang diambil dari sebuah filem lakonan James Dean pada tahun 1955 arahan Nicholas Ray yang mengisahkan seorang anak muda yang berada dalam konflik dua jenerasi, antara ibubapa dan anak. Filem tersebut diadaptasi dari buku tulisan seorang psikitris Robert M. Lindner's/1944. Sebenarnya bila ada anak remaja dalam sebuah keluarga memang menjadi kesulitan dalam membesarkan mereka. Memberontak tanpa sebab (Rebel Without A Cause) adalah perkara lumrah yang wujud dikalangan remaja.
Inilah anak kesayangan, Amerul Qassim yang menjadi impian ibubapanya untuk menjadi doktor gigi, namun lebih menunjukkan untuk menjadi ahli muzik, pemain drum terkenal. Seperti cerita P. Ramlee, Kasim adalah ahli muzik. Bukan kerana nama agaknya tapi pengaruh muzik dikalangan remaja amat tinggi. Sebagai seorang bapa, pendekatan memang perlu sebab bila dikenangkan kembali ketika remaja dulu aku juga 'rebel' tapi keadaan dan persekitaran diketika itu tidak banyak memihak kepada para remaja. Segala-galanya ditentukan oleh para ibubapa. Yang pastinya, menghormati ibubapa memang menjadi amalan dalam sesebuah institusi keluarga. Setiap pergerakan, tingkahlaku dan pertuturan menjadi perhatian oleh setiap warga tua dan tanpa mengira bapa saudara atau jiran tetangga, yang salah dan silap akan ditegur dengan segera....sambung lagi malam esok...


qassim001

1 comment:

  1. Ini boleh jadi pengulas filem pulak ni. Ok Ok teruskan.... seronok juga mengikutinya.

    ReplyDelete