Inilah anak kesayangan, Amerul Qassim yang menjadi impian ibubapanya untuk menjadi doktor gigi, namun lebih menunjukkan untuk menjadi ahli muzik, pemain drum terkenal. Seperti cerita P. Ramlee, Kasim adalah ahli muzik. Bukan kerana nama agaknya tapi pengaruh muzik dikalangan remaja amat tinggi. Sebagai seorang bapa, pendekatan memang perlu sebab bila dikenangkan kembali ketika remaja dulu aku juga 'rebel' tapi keadaan dan persekitaran diketika itu tidak banyak memihak kepada para remaja. Segala-galanya ditentukan oleh para ibubapa. Yang pastinya, menghormati ibubapa memang menjadi amalan dalam sesebuah institusi keluarga. Setiap pergerakan, tingkahlaku dan pertuturan menjadi perhatian oleh setiap warga tua dan tanpa mengira bapa saudara atau jiran tetangga, yang salah dan silap akan ditegur dengan segera....sambung lagi malam esok...


